Idris atau Nabi Idris
a.s. (Arab: إدري ) adalah salah
seorang rasul yang merupakan putra Adam yang pertama kali diberikan hak
kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri dan Shiyth a.s. (Set menurut Yahudi
dan Nasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal dengan nama Henokh.
Nabi Idris adalah
keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin
Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus
menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000
tahun setelah Nabi Adam wafat.
Nabi Idris dianugerahi
kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk
menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan
tulisan, matematika, astronomi, dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah,
terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia akan melupakan Allah sehingga
Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris
pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut.
Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan
ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris diperkirakan
bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah,
mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa
pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul
The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab
bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai
manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim
dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada
di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82
tahun.
1. Nabi Idris
Kedatangan Tamu
Nama
Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris,
kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah
SWT. Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali
beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih.
Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada
orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris
masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga
Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau. Kemudian Malaikat Maut
bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as.
Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk. Nabi Idris as. mempunyai
kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka
datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau
menikmati makanan tersebut. Kemudian baginda beribadah sepanjang malam.
Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari
Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.”
Tetapi Malaikat itu menolaknya. Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,
sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi
Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata:
“Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam
persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah
Idris.” Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan
berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai
pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai
Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi
Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan
makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas
permintaannya.
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak
terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama
mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu.
Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi
Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu. Kemudian beliau
bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya? Saya
adalah Malaikat Maut.” “Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa
makhluk?” “Benar ya Idris.” “Sedangkan tuan bersama saya selama empat
hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?” “Wahai Idris,
selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh
makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan
seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.” “Wahai Malaikat, apakah tujuan
tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?” “Saya datang
untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.” “Wahai
Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut
nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya
kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya
sakaratul maut itu. ”Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah
mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.” Lalu
Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as.
Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan
kematian ketika itu. Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris
itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada
Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan
permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
3. Malaekat Izrail membawaNabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut
memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan
merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia
masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa
tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan. Wahai
Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya
sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada
Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka
itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari
Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka.
Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat
melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang
mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan
lain-lain. Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun
pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat
Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya
membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah
disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat
meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan
masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat
Maut. Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia
membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.Kemudian pergilah mereka berdua,
sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris
dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para
wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang
mengalir dan lain-lain. Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku
Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat
dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar
Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk
menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?” Maka Malaikat
Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk
memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam
Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia
keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di
dalam Syurga. Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan
ambil kasut tuan.” Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar
lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai
Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa
akan merasakan mati.” (Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah
merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang
pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam: 71)
Dan saya pun telah
mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“… Dan mereka
sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan
wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di
azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan
tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di
dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
4. Idris di dalam
Al-Qur’an dan Hadits
Terdapat empat ayat
yang berhubungan dengan Idris dalam Al-Qur’an, dimana ayat-ayat tersebut saling
terhubung didalam Surah Maryam (Maryam) dan Surah Al-Anbiya’ (Nabi-nabi).
“Dan ceritakanlah (hai
Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. (Qur’an 19:56-57)”
“Dan (ingatlah kisah)
Ismail, Idris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami
telah memasukkan mereka kedalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk
orang-orang yang saleh.” (Qur’an 21:85-86)”
Dalam sebuah hadits,
Idris disebutkan sebagai salah seorang dari nabi-nabi pertama yang berbicara
dengan Muhammad dalam salah satu surga selama Mi’raj.
* Diriwayatkan dari
Abbas bin Malik: … Gerbang telah terbuka, dan ketika aku pergi ke surga
keempat, disana aku melihat Idris. Jibril berkata (kepadaku). ‘Ini adalah
Idris; berilah dia salammu.’ Maka aku mengucapkan salam kepadanya dan ia
mengucapkan salam kepadaku dan berkata. ‘Selamat datang, O saudaraku yang alim
dan nabi yang saleh.; … Sahih Bukhari 5:58:227
Idris dipercayai
sebagai seorang penjahit berdasarkan hadits ini:
* Ibnu Abbas berkata,
“Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang
kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah penggembala.” (dari al-Hakim)
5. Nasihat dan
Ajaran
Berikut ini adalah
beberapa nasihat dan untaian kata mutiara Nabi Idris.
1. Kesabaran yang
disertai iman kepada Allah (akan) membawa kemenangan.
2. Orang yang bahagia
adalah orang yang waspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan
amal-amal salehnya.
3. Bila kamu memohon
sesuatu kepada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula
(untuk) puasa dan shalatmu.
4. Janganlah bersumpah
palsu dan janganlah menutup-nutupi sumpah palsu supaya kamu tidak ikut berdosa.
5. Taatlah kepada
rajamu dan tunduklah kepada pembesarmu serta penuhilah selalu mulutmu dengan
ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6. Janganlah iri hati
kepada orang-orang yang baik nasibnya karena mereka tidak akan banyak dan lama
menikmati kebaikan nasibnya.
7. Barang siapa
melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8. Tanpa
membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya, seseorang tidak dapat bersyukur
kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.
Sumber:
1. Al-Qur’an
2. Dari Wikipedia
bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
3. Kisah Nabi Idris di
Dzikir.org
4. Hadhrat Idrees
5. The Story of Idrees
(Enoch)